Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 12 Ogos 2017

Resepi Gulai Ayam Yang Lembut Dan Ringkas


Resepi Gulai Ayam Yang Lembut Dan Ringkas. Pergh, bila dapat makan nasi dengan gulai ayam yang panas bersama sambal lada dan timun batang. Memang sedap dan awesome..huhu. Pastinya ramai sahabat-sahabat yang pandai dalam resepi gulai ayam, kan. Ada ke yang tidak pandai memasaknya ? Jangan risau, di halaman ini saya cuba kongsikan panduan dan cara memasak resepi tersebut..

Resepi Gulai Ayam Yang Lembut Dan Ringkas

Resepi Gulai Ayam Yang Lembut Dan Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam –potong
  • 500 gm ubi kentang - potong
  • 1 kiub ayam
  • 4 tangkai cili merah
  • 250 ml santan
  • 750 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (hiris)
  • 2 1/2 inc halia
  • 1 1/2 inc kunyit hidup
  • 2 sudu besar pes cili kering



Cara Masak Resepi Gulai Ayam


Langkah 1
Tumis bawang merah, bawang putih, batang serai, halia, kunyit hidup dan pes cili kering di atas api sederhana. Masak hingga naik bau.
 

Langkah 2
Masukkan kepingan ayam dan balik-balikkan. Renih selama 5 minit.
 

Langkah 3
Masukkan pati santan, kiub ayam dan air. Kacau hingga rata.
 

Langkah 4
Masukkan ubi kentang. Masak hingga ayam dan ubi empuk.
 

Langkah 5
Masukkan cili merah, garam dan gula secukup rasa. Renihkan hingga kuah sedikit pekat.
 

Langkah 6
Padamkan api

Selesai..
Sumber >klik sini

Video Masak Resepi Gulai Ayam

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Gulai Ayam Yang Lembut dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan