Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 14 Ogos 2017

Resepi Pengat Pisang Ringkas Dan Sedap


Resepi Pengat Pisang Ringkas Dan Sedap. Ikutkan saya memang suka masak resepi yang ringkas dan hari ini dapat hasilkan resepi yang ringkas-ringkas sahaja. Ada lebihan pisang di dapur, terus masak resepi pengat pisang. Sedap sungguh makan panas-panas..huhu. Buat anda yang ingin mencuba resepi pengat pisang ringkas, boleh baca panduan resepinya..

Resepi Pengat Pisang Ringkas Dan Sedap

Resepi Pengat Pisang Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan 
  • 5 biji pisang (pisang nangka)
  • 500ml santan
  • 100gm biji sagu
  • 200ml gula merah
  • 100gm gula putih
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • 300 ml air

Cara Masak Resepi Pengat Pisang


Langkah 1

Rendamkan biji sagu bersama air sehingga kembang
 

Langkah 2
Didihkan air dan masukkan biji sagu yang telah kembang bersama daun pandan sehingga sagu kembang berkilat
 

Langkah 3
Masukkan gula merah, gula putih dan santan serta secubit garam
 

Langkah 4
Akhir sekali masukkan pisang. Sebatikan rasa. Pengat pisang sedap sedia dihidangkan.

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Pengat Pisang 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Pengat Pisang Ringkas Dan Sedap dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan