Resepi Kuih Sagu Lapis Yang Mudah Disediakan. Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Kuih Sagu Lapis secara ringkas namun ianya sedap dimakan dan awesome. Jika anda mahu memperlajari resepinya, baca dulu panduan yang diberikan, fahami dan boleh cuba memasaknya. Dengan kreativiti anda yang hebat, pasti akan menghasilkan kuih lapis yang lagi awesome..
Resepi Kuih Sagu Lapis Yang Mudah Disediakan
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 250gm biji sagu (rendam 1 jam dan toskan)
- 150gm gula halus
- 300gm kelapa parut putih
- Garam halus secukupnya
- 1/4st esen ros
- 1st pandan paste
- Sedikit pewarna merah
Cara Masak Resepi Kuih Sagu Lapis
Langkah 1
Lengser acuan lompang secukupnya (lebih kurang dlm 25 biji acuan) dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Langkah 2
Panaskan air kukusan.
Langkah 3
Gaul sagu, gula, kelapa parut dan garam hingga sebati dan rata.
Langkah 4
Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan putih, 1 bahagian campur dengan pandan paste dan titiskan sedikit lagi pewarna hijau jika perlu. 1 bahagian dicampur esen ros dan titiskan pewarna merah. Gaul rata.
Langkah 5
Dalam acuan lompang, ambil sesudu adunan warna hijau, ratakan, ambil pula sesudu adunan putih, ratakan dan akhir sekali ambil sesudu adunan merah, ratakan dan buat semuanya sehingga selesai, baru kukus. Kukus dalam masa 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Langkah 6
Kalau guna loyang biasa......lengser dengan minyak dan panaskan dulu loyang tu dalam 2 minit.Masukkan adunan sagu warna hijau kesemuanya, ratakan dan kukus selama 10 minit. Kemudian kukus pula adunan putih, kukus lagi 10 minit dan akhir sekali adunan warna merah, kukus lagi 10 minit.
Langkah 7
Pastikan kuih betul2 sejuk baru keluar dari acuan atau baru potong. Hidangkan..
Selesai..
Sumber > klik sini
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Sagu Lapis dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan