Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 13 Ogos 2017

Resepi Mee Kari Sedap Dimakan


Resepi Mee Kari Sedap Dimakan. Hari itu masa melancong bersama keluarga di Perak. Kami singgah sekejab di Kuala Kangsar sebelum ke Sri Iskandar. Di tempat tersebut, kami cuba merasa resepi mee kari buatan orang sana. Boleh tahan juga rasanya..huhu. Apa lagi, bila balik saja, teringin untuk memasaknya sendiri. Jadi, saya juga kongsikan panduan untuk membuatnya..

Resepi Mee Kari Sedap Dimakan

Resepi Mee Kari Sedap Dimakan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-Bahan A (dicelur atau direbus) 
  • Mee Kuning - celur
  • Tauge - celur
  • Fishcake – celur
  • Fishball - celur
  • Telur - rebus

Bahan-Bahan B (dipotong atau dihiris untuk hiasan) 

  • Cili merah – hiris
  • Limau nipis – dipotong dua
  • Daun bawang – dhiris halus
  • Daun sup – dihiris halus

Bahan-Bahan C (untuk kuah kari) 

  • Sedikit Isi Ayam
  • Beberapa ulas Bawang Merah
  • Beberapa ulas Bawang Putih
  • Tauhu Goreng
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Keledek
  • Gula Melaka
  • Udang Kering
  • Asam Keping
  • 2 Paket Kecil Rempah Kari Daging
  • 1 Cawan Santan Pekat
  • Garam Cukup Rasa



Cara Masak Resepi Mee Kari


langkah 1

Celur mee kuning, fishcake, dan tauge kemudiannya rebus telur dan juga keledek kemudian asingkan.
 

Langkah 2
Potong bawang merah, bawang putih, serai dan sedikit halia dan lengkuas, kemudian kisar semuanya dengan sedikit air untuk bahan tumis.
 

Langkah 3
Panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga separuh garing kemudian masukkan Rempah Kari Daging.

Langkah 4

Kemudian kisar pula sedikit air, keledek yang sudah direbus tadi, dan udang kering. Masukkan dalam kuali, pelankan sedikit api dan masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada rempah menjadi hangit.
 

Langkah 5
Masak sehingga betul2 garing dan naik minyak. Masukkan isi ayam serta air, biar sehingga isi ayam masak. Tungguh kuah sehingga mendidih, selepas itu masukkan pula santan dan tunggu sehingga mendidih untuk kali kedua pula. Jangan buka api terlalu kuat.
 

Langkah 6
Akhir sekali masukkan pula gula melaka, asam keping dan garam secukup rasa. Jangan lupa masukkan juga tauhu goreng tadi, Jika kuah terlalu pekat, korang boleh tambah air lagi dan biar sehingga mendidih.
 

Langkah 7
Hidangkan bersama Bahan-Bahan A dan Bahan-Bahan B. Hidangkan..

Selesai

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Mee Kari 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Mee Kari Sedap Dimakan dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan