Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 16 Ogos 2017

Resepi Ayam Masak Kicap Secara Ringkas


Resepi Ayam Masak Kicap Secara Ringkas. Resepi ini antara yang kerap dihidangkan oleh keluarga saya, dimakan bersama nasi memang sedap dan awesome..huhu. Cara masak resepi ayam masak kicap ini sangat mudah dan ringkas, rasanya semua orang boleh membuat resepi ini. Jadi, saya juga kongsikan panduannya untuk anda yang mungkin pertama kali memasaknya..

Resepi Ayam Masak Kicap Secara Ringkas

Resepi Ayam Masak Kicap Secara Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 6-7 ketul ayam | dilumur garam dan kunyit
  • 6 sudu makan kicap manis
  • 1/2 biji bawang besar Holland | dihiris
  • 2 biji cili padi | dihiris
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dicincang
  • 5-6 biji tomato ceri
  • Pati ayam dan garam secukup rasa

 

Cara Masak Resepi Ayam Masak Kicap


Langkah 1

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
 

Langkah 2
Dengan guna kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga wangi.
 

Langkah 3
Kemudian masukkan daun limau purut, bawang putih, serai, cili padi dan halia. Gaul rata.
 

Langkah 4
Seterusnya masukkan hirisan lobak merah serta kicap.
 

Langkah 5
Masukkan ayam dan perasakan dengan pati ayam serta garam dengan secukupnya. Tambahkan tomato ceri.
 

Langkah 6
Gaul rata dan sedia untuk dinikmati. 


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Ayam Masak Kicap

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ayam Masak Kicap dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan