Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 25 Julai 2017

Resepi Bihun Goreng Kampung Ringkas Lagi Sedap


Resepi Bihun Goreng Kampung Ringkas Lagi Sedap. Bihun goreng memang sedap bila dimakan waktu pagi atau malam. Saya sentiasa teringat bihun goreng air tangan bonda tercinta. Walaupun cara masaknya ringkas tapi bila dimakan, sangat sedap dan awesome..huhu. Kini, hanya tinggal kenangan saja. Rasa Resepi Bihun Goreng tetap dalam ingatan..

Resepi Bihun Goreng Kampung Ringkas Lagi Sedap

Resepi Bihun Goreng Kampung Ringkas Lagi Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 1 mangkuk sotong atau udang
  • 1 mangkuk karot – hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak

Bahan Tumbuk
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis – direndam

Cara Masak Resepi Bihun Goreng Kampung


Langkah 1
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita menjadi lebih sedap.
 

Langkah 2
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
 

Langkah 3
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
 

Langkah 4
Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.
 

Langkah 5
Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
 

Langkah 6
Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.


Selesai..

Video Resepi Bihun Goreng Kampung  

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Bihun Goreng Kampung dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan