Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 27 Julai 2017

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah Dan Sedap


Resepi Kek Kukus Coklat Mudah Dan Sedap. Kek Kukus memang sangat popular, siapa yang pandai membuatnya memang awesome..huhu. Jadi, mesti ramai yang pandai membuat kek ini, kan. Tapi, kalau mereka yang tak pandai membuatnya bukan bermakna tidak awesome. Pastinya mereka hebat dalam memakan kek kukus..huhu. Di sini, saya kongsikan Resepi Kek Kukus Coklat..

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 tsp perasa vanilla (tidak perlu jika tak mahu menggunakannnya)



Cara Masak Kek Kukus Coklat


Langkah 1
Berikut dikongsikan cara membuat kek kukus coklat :-
 

Langkah 2
Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut
 

Langkah 3
Tepung, soda dan baking powder diayak satu.
 

Langkah 4
Telur dipukul kembang bersama dengan perasa vanilla dan dicampur dengan campuran koko tadi.
 

Langkah 5
Gaul rata dan campur tepung sedikit demi sedikit.
 

Langkah 6
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
 

Langkah 7
Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.
 

Langkah 8
Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejukkan


Selepas selesai, boleh la mula hasilkan krim coklatnya..
 

Cara Hasilkan Krim Coklat
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 serbuk koko
  • 1 sudu minyak masak

Gaul semua bahan ini sehingga rata kemudian masak sebentar dia atas api yang sederhana kecil sehingga sebati.

Video Resepi Kek Coklat 

   

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kek Kukus Coklat dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan