Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 27 Julai 2017

Resepi Apam Susu Yang Ringkas


Resepi Apam Susu Yang Ringkas. Apam Susu boleh dikatakan mudah dimasak, saya selalu juga makan apam ini. Mereka yang menyediakan Resepi Apam Susu dengan betul, pastinya lembut dan sedap, kan. Saya suka makan apam susu yang disediakan oleh seseorang itu. Bagaimanakah cara beliau hasilkan. Dalam artikel ini saya kongsikan rahsia tersebut..

Resepi Apam Susu Yang Ringkas

Resepi Apam Susu Yang Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 sudu besar ovellete
  • 3/4 cawan gula halus
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum


Cara Masak Resepi Apam Susu


Langkah 1

Blend telur, esen vanila, ovellete dan gula sehingga kembang, gebu dan putih. 

Langkah 2
masukkan susu pekat ke dalam blender dan blend lagi. Kemudian masukkan tepung dan kacau rata.


Langkah 3
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut suka hati anda. 

Langkah 4
Masukkan bahagian berwarna tadi ke dalam acuan ikut kreativiti anda. Kemudian kukus selama 45 minit sehingga masak.
 

Selesai..

Video Resepi Apam Susu 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Apam Susu Yang Ringkas dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan