Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 29 Julai 2017

Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun


Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun. Telur bukan saja sedap dimasak malah ia akan lebih sedap lagi bila dimasak sup, lebih-lebih awesome lagi ditambah bersama kentang dan suhun..huhu. Cuba la buat dan rasa, pastinya ia akan menjadi salah satu makanan kegemaran anda. Jadi, mahukah anda belajar Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun ini..

Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun

Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 5 biji telur
  • 5 ulas Bawang merah - ditumbuk halus
  • 3 ulas Bawang Putih - ditumbuk halus
  • 1 inci Halia - ditumbuk halus
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kulit Kayu manis
  • Suhun - direndam
  • Ubi kentang dibelah 4 @ potong 1 inci
  • Tauhu pucuk- direndam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun saderi



Cara Masak Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun


Langkah 1

Bawang merah, halia dan bawang putih ditumbuk halus.
 

Langkah 2
Ubi kentang dibelah 4 atau potong 1 inci dadu pun boleh. Ikut suka
 

Langkah 3
Panaskan minyak tumis bunga lawang buah pelaga dan kulit kayu manis kemudian masukkan bahan tumbuk kacau hingga naik bau dan garing sedikit, masukkan air.
 

Langkah 4
Masukkan sup bunjut tadi, garam, serbuk perasa, suhun, tauhu pucuk dan ubi kentang.
 

Langkah 5
Bila mendidih pecahkan telur satu demi satu ke dalam periuk. Pastikan telur yang dipecahkan terbentuk dahulu sebelum pecahkan telur yang kedua dan seterusnya.
 

Langkah 6
Kacau perlahan-lahan.Bila ubi kentang dah empuk tutup api.

Selesai..

Tips
  • Supaya telur berbentuk, pecahkan telur dalam sendup kemudian letakkan dalam sup..

Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan