Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 30 Julai 2017

Resepi Kek Batik Lembut Dan Sedap


Resepi Kek Batik Lembut Dan Sedap. Pada musim perayaan, setiap rumah yang saya kunjungi bersama keluarga kebanyakkannya menyediakan kek batik. Entah la sama ada mereka beli atau buat sendiri. Beraneka warna dan rasa kek lapis yang dihasilkan. Jadi, anda yang teringin membuatnya, saya kongsikan Resepi Kek Batik hingga menjilat jari ini..huhu..

Resepi Kek Batik Lembut Dan Sedap

Resepi Kek Batik Lembut Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • ½ tin susu pekat manis (tin yg biasa) *ikut tahap kemanisan masing2..
  • 1 buku buttercup
  • 1 paket biskut meri (plain)
  • 1 sk esen vanilla 

Cara Masak Resepi Kek Batik


Langkah 1
1) Cair kan butter dalam periuk.. bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati..api sederhana..


Langkah 2 
Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati..
Pastikan tiada milo yg berketul2..

Langkah 3
 

Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padam api..

Langkah 4 

Masukkan biskut yg telah di patah kan ke dalam periuk dan gaul rata..(biskut meri tu boleh patah 4.. patah 2 boleh.. tapi jangan sampai hancur okeh..)

Langkah 5 

Masukkan dalam bekas/Loyang yg sudah dialas dgn plastic.. (letak plastic untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas nanti)

Langkah 6 

Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik tu..bila dah padat simpan dlm peti sejuk at least 4 jam supaya keras..

Selesai..


Sumber > klik sini

Video Resepi Kek Batik


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kek Batik Lembut Dan Sedap dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan