Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 29 Julai 2017

Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Ringkas


Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Ringkas. Zaman dulu, zaman orang bujang dan anak dara. Memang jarang sangat masak di rumah, selalunya keluar makan di kedai-kedai makan terpilih. Dan makanan yang selalu order adalah daging masak merah, sup kosong dan nasi putih. Suka sangat dapat makan masakan macam itu..huhu. Sekarang ini, masak sendiri dengan Resepi Daging Masak Merah ini..

Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Ringkas

Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Daging
  • Sedikit tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 3 tangkai cili kering (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan Sos Cili
  • 2 sudu makan Sos Tiram
  • 2 sudu makan Sos Prun
  • Lada Benggala Hijau dan merah

Cara Masak Resepi Daging Masak Merah


Langkah 1

Rebus daging sehingga masak, kemudian hiris.
 

Langkah 2
Pecahkkan 1 biji telur dan gaul bersama tepung jagung.
 

Langkah 3
Goreng sehiris demi sehiris sehingga kekuningan.
 

Langkah 4
Angkat dan ketepikan.
 

Langkah 5
Tumis cili kering dan bawang putih bersama serai yang dititik.
 

Langkah 6
Setelah naik bau, masukkan ketiga-tiga sos perasa. Ejas rasa. Kalau nak manis, tambah gula atau gula melaka.
 

Langkah 7
Bila sos dah cukup rasa, masukkan daging. Gaul sebati.
 

Langkah 8
Masukkan lada benggala yang suda dihiris.


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Daging Masak Merah


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Daging Masak Merah dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan