Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 30 Julai 2017

Resepi Ayam goreng Kunyit Ringkas Dan Istimewa


Resepi Ayam goreng Kunyit Ringkas Dan Istimewa. Bila diadakan jamuan atau dimasak sendiri untuk keluarga, boleh katakan ayam antara menu UTAMA yang akan menyelerakan sesiapa sahaja. Buat Resepi Ayam Goreng Kunyit pun sedap dan awesome..huhu. Jadi, mahukah anda memperlajari resepinya ? Di sini saya kongsikan panduan tersebut..

Resepi Ayam goreng Kunyit Ringkas Dan Istimewa

Resepi Ayam goreng Kunyit Ringkas Dan Istimewa


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah.. 

Bahan-bahan
  • Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
  • 2 batang kacang panjang - potong 2 inci
  • 1/2 batang karot - potong panjang
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
  • 1 batang cili merah - hiris
  • 2-3 batang cili padi - jika suka
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • Gula
  • Sedikit minyak



Cara Masak Resepi Ayam goreng Kunyit


Langkah 1

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. Angkat dan toskan.
 

Langkah 2 
Tumiskan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata sehingga sayuran lembut.
 

Langkah 3
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
 

Langkah 4
Akhir sekali masukkan sedikit gula dan sesuaikan rasa. Masakan sedia untuk dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Ayam goreng Kunyit 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ayam goreng Kunyit Ringkas dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan