Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 30 Julai 2017

Resepi Maggie Kari Goreng Yang Ringkas


Resepi Maggie Kari Goreng Yang Ringkas. Maggie sudah sinonim dalam hidup saya, bila malas untuk memasak. Maggie adalah pilihan terbaik kerana mudah disediakan. Rendam dengan air panas pun sedap..huhu. Rajin sikit masak maggie goreng dan dimakan bersama keluarga. Untuk anda, saya kongsikan Resepi Maggie Kari Goreng..

Resepi Maggie Kari Goreng Yang Ringkas

Resepi Maggie Kari Goreng Yang Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 2 bungkus Mee Maggie Kari
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus
  • 2 Batang sayur sawi
  • 2 batang daun sup
  • Minyak masak
  • Kicap pekat manis



Cara Masak Resepi Maggie Kari Goreng


Langkah 1

Selur mee maggie kosong ke dalam air yang tengah mendidih. Ala buat mcm selalu kita nak buat mee goreng sedap tu. Masak jangan sampai kembang ye.
 

Langkah 2
Toskan mee dan dilalukan guna air biasa pada mee agar mee tidak melekat ketia digoreng.

Langkah 3
Panaskan minyak untuk menggoreng. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan 1 peket perencah maggie kari. Tumis sekejap.
 

Langkah 4
Masukkan telur dan digaul sekata dan terus masukkan mee tadi. Gaul sekata.
 

Langkah 5
Masukkan 1 peket lagi perencah kari dan sayur sawi. Gaul rata.
 

Langkah 6
Tambah kicap pekat manis ikut citarasa anda. Boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Maggi Kari Goreng

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Maggie Kari Goreng dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan