Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Ringkas. Kalau ada ikan bilis dan nasi yang belum habis dimakan itu, boleh cuba buat resepi nasi goreng ikan bilis. Rasanya yang masin-masin kerana ikan bilis itu memang sedap dan awesome. Ramai yang sukakan ikan bilis kan bila dicampur dalam nasi goreng. Bila makan di kedai makan pun selalu order ni..
Jika anda ingin membuatnya sendiri. Berikut dilaman ini akan disediakan panduan Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis langkah demi langkah. Senang saja nak membuatnya, anda pasti berjaya memasaknya kalau ikut cara yang diberikan. Apa-apa pun, semoga berjaya..
Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Ringkas
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..Bahan-bahan
- Semangkuk Nasi sejuk
- Segenggam ikan bilis ( cuci bersih dan rendam seketika supaya lembut)
- 2-3 ulas bawang merah
- 1-2 ulas bawang putih
- 1 inci belacan ( sekiranya mahu)
- 1-2 tangkai cili kering
- Sos Ikan
- Telur
- Garam dan Gula
- 2 sudu besar Minyak masak
Cara Membuat Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Ringkas
langkah 1
Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering yang dipotong kasar.
Langkah 2
Panaskan minyak .Tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing tapi jangan sampai terlalu garing ya.
Langkah 3
Pecahkan telur ke dalam kuali. Perlahan-lahan kacau telur.
Langkah 4
Masukkan nasi ketika telur masih belum masak sepenuhnya.
Langkah 5
Gaul rata dan masukkan 2-3 sudu besar sos ikan.
Langkah 6
Perasakan dengan garam sekiranya perlu -ikan bilis dan sos ikan sudahpun masin..
Sumber > klik sini
Resepi Terkait
Video Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Ringkas
Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Nasi Goreng Ikan Bilis melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya.
Selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan