Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 4 Jun 2018

Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap


Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap. Dengan ikan talapia, apa-apa masakan pun boleh dimasak seperti kukus, bakar, goreng dan gulai. Tapisaya syorkan ikan talapia bakar la,sedap dan awesome..huhu. Ikan talapia sangat mudah didapati dan harganya tak lah mahal mana. Bagi pengemar lauk ini, pastinya ada cara tersendiri untuk memasaknya..

Di artikel kali ini, saya ingin kongsikan resepi ringkas ikan talapia bakar. Anda boleh pelajari resepi tersebut langkah demi langkah yang akan dikongsikan sebentar lagi. Harap anda berjaya menghasilkan resepi ini untuk dikongsikan pada teman lelaki atau wanita..haha..

Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap
Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan A (Bahan Perap)
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil ajinomoto dan cukup rasa

Bahan B

  • 4-5 ekor ikan talapia bersaiz sederhana (dicuci bersih dan diperap bersama dengan bahan perap)
  • Sedikit minyak masak untuk membakar ikan
  • Daun pisang (untuk melapik ikan)

Cara Membuat Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak atas pan pembakar @ boleh juga menggunakan tempat pembakar sate

Langkah 2
Setelah pan panas, masukkan ikan talapia yang telah diperap dan terbalikkan setelah kekuningan

Langkah 3
Masak sehingga selesai semua ikan-ikan yang dibuat

Langkah 4
Anggaran masa dalam 10 minit untuk 2 ekor ikan

Sumber > klik sini

Resepi Lain


Video Resepi Ikan Bakar Talapia Ringkas Dan Sedap


Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Ikan Bakar Talapia melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..
 

Boleh dicuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan