Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 19 Oktober 2017

Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas


Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas. Semalam jalan-jalan pasar tani terjumpa sotong jarum yang berharga RM16 sekilo. Beli setengah kilo saja untuk melepaskan gian nak makan sotong jarum ini..huhu. Masak yang ringkas-ringkas saja seperti Resepi Sotong Goreng Kunyit. Walaupun ringkas tapi rasanya memang sedap. Jika anda teringin membuatnya juga secara ringkas. Saya kongsikan resepi tersebut dilaman ini..

Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas
Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas (Gambar Hiasan)

Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Beberapa ekor sotong bersaiz sesuai
  • 3/4 camca besar serbuk kunyit
  • 5 tangkai kacang panjang (di potong panjang lebih kurang 2 inci)
  • Bunga kobis (ikut suka banyak mana)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (di hiris bulat)
  • 5 biji cili padi hijau (diketuk)
  • Garam secukup rasa



Cara Menyediakan Resepi Sotong Goreng Kunyit



Langkah 1

Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit.

Langkah 2
Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.


Langkah 3
Kemudian masukkan sotong yang telah diperap tadi bersama kacang panjang, bunga kobis dan bawang besar .

Langkah 4
Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap kemudian angkat.


Langkah 5
Siap dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini
Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas
Resepi Sotong Goreng Kunyit Ringkas

Baca:
Video Masak Resepi Sotong Goreng Kunyit 


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sotong Goreng Kunyit dengan awesome sekali.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan