Khamis, 12 Oktober 2017

Resepi Sambal Ikan Bilis Ringkas Tapi Sedap


Resepi Sambal Ikan Bilis Ringkas Tapi Sedap. Bagi yang suka makan petai dalam masakan pastinya resepi sambal ikan bilis petai menjadi pilihan, kan macam saya..huhu. Tapi hari ini saya ingin kongsikan resepi ringkas iaitu Resepi Sambal Ikan Bilis saja. Memang sangat best bila dimakan dengan nasi lemak. Jika anda orang Terengganu, pastinya nasi lemak sambil bilis menjadi pilihan untuk sarapan waktu pagi..

Untuk anda yang ingin memcubanya, saya kongsikan resepi tersebut dilaman ini..

Resepi Sambal Ikan Bilis Ringkas Tapi Sedap
Resepi Sambal Ikan Bilis Ringkas Tapi Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Sambal Ikan Bilis Ringkas Tapi Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 Cawan Bilis (Siap Kopek)
  • 20 Helai Cili Kering  (Dikisar)
  • 2 Biji Bawang Kecil  (Dikisar)
  • 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
  • 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
  • 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • Garam (Secukupnya)
  • Gula (Secukupnya)
  • Air Asam Jawa (Secukupnya)



Cara Masak Resepi Sambal Ikan Bilis


Langkah 1

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
 

Langkah 2
Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
 

Langkah 3
Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
 

Langkah 4
Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
 

Langkah 5
Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
 

Langkah 6
Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
 

Langkah 7
Siap dan boleh dihidangkan.

Selesai..

Sumber > klik sini


Baca:

Video Masak Resepi Sambal Ikan Bilis



Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sambal Ikan Bilis dengan awesome sekali..


0 comments

Catat Ulasan