Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 1 September 2017

Resepi Sup Tulang Sedap Yang Memikat Hati

Resepi Sup Tulang Sedap Yang Memikat Hati. Menjelangnya hari raya Aidiladha pastinya banyak daging yang diperolehi. Sama ada dibuat makan-makan atau disedahkan kepada orang yang memerlukan. Di hari tersebut, resepi sup tulang pasti menjadi pilihan orang ramai. Tak sabar rasanya nak makan sup tulang..huhu. Jika anda teringin untuk belajar caranya, di sini dikongsikan cara memasak resepi tersebut..

Resepi Sup Tulang Sedap Yang Memikat Hati

Resepi Sup Tulang Sedap Yang Memikat Hati


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 kg tulang campur daging
  • 5 bj bawang merah dikisar
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 bonjot rempah sup tulang
  • 4 bj kentang
  • 2 batang seleri
  • 1 tomato
  • Lada hitam
  • Garam



Cara Menyediakan Resepi Sup Tulang


Langkah 1

Rebus tulang dan daging sehingga empuk.
 

Langkah 2
Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi
 

Langkah 3
Masukkan tulang air rebusan dlm kuali
 

Langkah 4
Masuk pula kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan hingga kentang lembut
 

Langkah 5
Masukkan garam, tomato dan lada hitam kisar secukupnya. Biar hingga sup agak pekat.
 

Langkah 6
Taburkan daun sup dan bawang goreng, dihidangkan..


Selesai..

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Lain :

Video Masak Resepi Sup Tulang 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sup Tulang dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan