Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 2 September 2017

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Ada satu kedai makan di Paka pandai menyediakan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi ini, masakannya memang sangat sedap. Saya selalu juga makan di kedainya kerana masakan tersebut. Jika anda menyukai makanan yang pedas, resepi ini antara yang harus anda pelajari. Di halaman ini juga dikongsikan cara menyediakan resepi ini..

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor

Bahan Kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup



Cara Menyediakan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Langkah 1

Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
 

Langkah 2
Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
 

Langkah 3
Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
 

Langkah 4
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut

Langkah 5
Siap dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan