Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 26 September 2017

Resepi Ketam Telur Masin Yang Menarik


Resepi Ketam Telur Masin Yang Menarik. Pelbagai resepi menarik boleh dihasilkan dengan ketam, kebanyakkan resepinya saya suka. Mungkin saya ini pengemar ketam..huhu. Jadi, resepi yang ingin dikongsikan pun bersangkut paut dengan ketam. Bila anda ketam dengan telur masin, dicampurkan kedua bahan tersebut dengan bahan-bahan lain. Maka, jadi Resepi Ketam Telur Masin ini..

Resepi Ketam Telur Masin Yang Menarik

Resepi Ketam Telur Masin Yang Menarik


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 4 ekor ketam (Sesuaikan dengan keadaan anda)
  • 3 biji bawang kecik dicincang
  • 7 biji bawang putih dicincang
  • 7 biji cili padi (potong keci)
  • 1 tin susu cair
  • Tepung jagung
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 5 biji telur masin
  • Lada sulah/garam/gula



Cara Menyediakan Resepi Ketam Telur Masin


Langkah 1
Rebus telur masin, sementara telur rebus masak boleh goreng ketam dulu.

Langkah 2
Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian. Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam..


Langkah 3
Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan..


Langkah 4
Telur masin yang sudah masak, asingkan kuning telur dan lenyek-lenyek sampai hancur.
 

Langkah 5
Putih telur ambik dalam sebiji dan lenyekkan sampai hancur.
 

Langkah 6
Ketam sudah masak, telur kuning/putih juga sudah hancur..
 

Langkah 7
Panaskan kuali masukkan butter dalam 3 sudu besar..
 

Langkah 8
Kemudian masukkan bawang putih, bawang kecil. Kacau sampai naik wangi..
 

Langkah 9
Kemudian masukkan daun kari dan cili padi..
 

Langkah 10
Seterusnya masukkan telur kuning yang dihancurkan dan sedikit telur putih.Kacau sekata..
 

Langkah 11
Masukkan susu cair, letak dalam 5-6 sudu besar..
 

Langkah 12
Selepas itu masukkan lada sulah, garam dan gula (garam jangan banyak sangat sebab sudah ada telur putih masin) kacau sekata sampai berbuih..
 

Langkah 13
Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi..kacau bagi semua rata dan siap untuk dihidang.

Selesai..


Sumber > klik sini

Baca juga:
  1. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
  2. Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam Sedap 

Video Masak Resepi Ketam Telur Masin

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ketam Telur Masin dengan awesome sekali..

1 ulasan:

  1. Rumit skit keje nya ea resepi sis ni. Tpi biasanya yg rumit ni sedap.

    BalasPadam