Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 25 September 2017

Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam Sedap


Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam Sedap. Hari ini anda masak apa ? Adakah berkaitan dengan makanan laut seperti ketam. Bagi mereka yang mengemari lauk ini seperti saya, resepi apa yang biasa anda masak. Kalau saya, Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam antara menu pilihan untuk dimakan disamping keluarga. Jika anda hendak belajar memasaknya, saya sediakan resepi tersebut..

Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam Sedap
Gambar Hiasan

Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 5 ekor ketam (cuci & potong dua kalau besar)
  • 2 ulas bawang putih (pecahkan/kisar)
  • 1 inci halia (pecahkan/hiris nipis)
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Daun sup/parsley
  • Lada besar



Cara Menyediakan Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam


Langkah 1
Mula-mula goreng ketam sehingga berubah warna (lebih kurang 3 minit) & toskan.

Langkah 2
Tumis bawang putih, halia & lada hitam sehingga garing. Masukkan semua kicap masin, kicap manis, sos tiram & sos tomato. Gaul sebati.

Langkah 3
Tambahkan 1 cawan air (untuk buat kuah, bergantung pada anda, kalau nak kering kurangkan air). Masak kuah sehingga mendidih, perisakan dengan perasa, garam & gula.

Langkah 4
Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & ratakan kuah.

Langkah 5
Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Reneh sebentar sebelum diangkat.

Langkah 6
Hiaskan dengan daun parsley & lada yang dihiris nipis.


Selesai

Sumber > klik sini

Baca juga:

Video Masak Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ketam Masak Sos Lada Hitam dengan awesome sekali..

2 ulasan: