Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 27 Ogos 2017

Resepi Udang Goreng Kunyit Ringkas Dan Sedap

Resepi Udang Goreng Kunyit Ringkas Dan Sedap. Bagi pengemar udang seperti anda semua, kebanyakkannya pasti mahu menu udang yang ringkas dan senang dimasak. Antara banyak-banyak resepi yang ringkas, pastinya resepi udang goreng kunyit menjadi pilihan kerana senang dimasak dan bahannya tidak banyak. Jika anda mahu pelajarinya, saya kongsikan resepi tersebut..

Resepi Udang Goreng Kunyit Ringkas Dan Sedap
Gambar Hiasan

Resepi Udang Goreng Kunyit Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 500gm udang - bersihkan dan toskan
  • 1 biji cili merah - dipotong serong
  • 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 inci halia - dihiris
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • Sedikit kunyit hidup*
  • Garam
  • Serbuk perasa


Cara Masak Resepi Udang Goreng Kunyit


Langkah 1

Tumbuk bahan yang bertanda *, tumiskan bahan tersebut bersama halia hingga kekuningan.
 

Langkah 2
Masukkan udang, gorengkan hingga agak garing.
 

Langkah 3
Sebelum angkat masukkan bahan yang dipotong.
 

Langkah 4
Rasa garam dan perasa secukup rasa.
 

Langkah 5
Angkat dan hidangkan. 


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Udang Goreng Kunyit

   

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Udang Goreng Kunyit dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan