Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 28 Ogos 2017

Resepi Sotong Masak Sos Tiram Yang Ringkas

Resepi Sotong Masak Sos Tiram Yang Ringkas. Hari ini ada tak dikalangan sahabat-sahabat yang telah menyediakan masakan sotong masak sos tiram. Pasti ramai yang telah menyediakan resepi sotong masak sos tiram, kan. Teringinnya saya untuk mencuba resepi ini untuk dimakan bersama-sama keluarga. Jadi, apa kata kita sama-sama belajar..

Resepi Sotong Masak Sos Tiram Yang Ringkas
Gambar Hiasan

Resepi Sotong Masak Sos Tiram Yang Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 300 gm sotong
  • 6 tangkai cili padi - tak perlu potong atau tumbuk, biarkan sebiji-sebiji
  • 2 tangkai cili besar - potong serong
  • 1 labu bawang besar - potong bebaji
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1inci halia - ketuk
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Cara Menyediakan Resepi Sotong Masak Sos Tiram


Langkah 1

Bersihkan sotong, buangkan kulitnya dan kelar-kelarkan

Langkah 2
Celurkan sotong seketika kemudian tos.
 

Langkah 3
Panaskan minyak tumis bawang putih, serai dan halia hingga wangi.
 

Langkah 4
masukkn sotong tadi berserta kunyit serbuk, kacau rata.
 

Langkah 5
Masukkan asam gelugur, cili besar dan cili padi. Kacau sebentar.
 

Langkah 6
Kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebentar.
 

Langkah 7
Matikan api boleh dihidangkan..


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Sotong Masak Sos Tiram  

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Udang Goreng Kunyit dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan