Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 21 Ogos 2017

Resepi Popia Ayam Cendawan Yang Ringkas


Resepi Popia Ayam Cendawan Yang Ringkas. Pernahkah anda memakan popia berintikan ayam dan cendawan. Pastinya pernah, kan. Bagaimanakah rasa ? Mesti sedap dan ranggup,, kan..huhu. Adakah anda tahu cara untuk membuat resepi Popia Ayam Cendawan agak mudah berbanding dengan resepi-resepi lain. Jadi, saya kongsikan cara memasak resepi tersebut..

Resepi Popia Ayam Cendawan Yang Ringkas

Resepi Popia Ayam Cendawan Yang Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 10 batang sosej dipotong-potong kecil
  • 400 g ayam cincang atau ketulan ayam hiris kecil-kecil
  • 1 tin cendawan butang dipotong nipis
  • 1 batang carot dipotong memanjang nipis2
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 tin cream of chicken @ cream of mushrooms
  • Kulit popia



Cara Masak Resepi Popia Ayam Cendawan


Langkah 1
Tumis bawang sehingga layu sedikit, kemudian masukkan ayam hancur atau daging ayam dipotong kecik-kecil dan kacau sehingga ayam masak sepenuhnya
 

Langkah 2
Masukkan sosej dan kacau rata
 

Langkah 3
Masukkan carot dan kacau sekejab kemudian masukkan cendawan butang
 

Langkah 4
Masukkan cream of chicken @ cream of mushroom. Kalau rasa pekat, tambah air sedikit.

Langkah 5
Perasakan dengan lada hitam, lada sula dan sedikit garam serta gula. Inti popia sudah siap..


Langkah 6
Balutkan popia dengan inti yang telah siap dibuat. Kalau nak sedap, boleh letak cheesedale bagi penambah rasa lemak.
 

Langkah 7
Selepas siap dibalut, simpan di dalam peti ais sekejab supaya creamnya menjadi agak pekat..

Langkah 8
Panaskan minyak, goreng popia sehingga kekuningan. Siap untuk dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Popia Ayam Cendawan 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Popia Ayam Cendawan dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan