Resepi Ayam Percik Kelantan Yang Ringkas Dan Sedap. Di setiap negeri adanya pelbagai cara dan resepi ayam percik dihasilkan. Pastinya ada sedikit perbezaan dalam bahan yang digunakan namun tetap sedap dan awesome..huhu. Siapa yang tidak mengemari makanan ini. Jadi, untuk anda yang ingin mencuba resepi ayam percik cara Kelantan. Saya kongsikannya..
Resepi Ayam Percik Kelantan Yang Ringkas Dan Sedap
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- Beberapa ketul ayam
Bahan Perap
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- Garam secukup rasa
Bahan Kuah
- 10 ulas bawang merah
- 3 - 6 tangkai cili kering
- 2 pek santan pekat
- 1 batang serai1 inci halia
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- 1/4 keping asam keping - letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara Bakar Resepi Ayam Percik Kelantan
Langkah 1
Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
Langkah 2
Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. Boleh diangkat.
Langkah 3
Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
Langkah 4
Akhir sekali, bila ayam sudah nampak warna cantik boleh diangkat dan ayam percik kelantan sedia dihidangkan.
Selesai..
Sumber >klik sini
Video Masak Resepi Ayam Percik
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ayam Percik Kelantan dengan awesome sekali..
Looks delicious, Tq for the recipe. I want to share my personal recipe,
BalasPadamcan try this too. Really awesome taste.
http://resepirotipizzasosejmini.blogspot.com/