Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 24 Ogos 2017

Resepi Nasi Ayam Ringkas, Mudah Dan Sedap


Resepi Nasi Ayam Ringkas, Mudah Dan Sedap. Dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang sukakan makan nasi ayam antaranya adalah saya..huhu. Boleh katakan salah satu makanan kegemaran, dalam seminggu ada sekali makan resepi nasi ayam ini. Kalau anda nak belajar resepinya, banyak yang dikongsikan. Panduan itu juga ada dikongsikan di halaman ini. Nak belajar, jom baca..

Resepi Nasi Ayam Ringkas, Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Ayam Ringkas, Mudah Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan Untuk Sup
  • 1 ekor ayam dipotong 8 & dibuang kulit
  • 1- 2 biji bawang dibelah empat
  • 3 ulas bawang putih dihiris / diketuk
  • 1 inci halia yang dihiris / diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 tbs serbuk lada hitam
  • 2 tbs serbuk jintan putih
  • 2 tbs serbuk ketumbar
  • 1 kiub ayam Maggi ( boleh guna 2-3 kiub ikut citarasa anda )
  • Air secukupnya

Cara Masak Sup

Langkah 1
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
 

Langkah 2
Tambahkan air secukupnya supaya cukup untuk masak nasi, sup, kuah cili dan kuah kicap.
 

Langkah 3
Didihkan sup sehingga ayam masak dan keluarkan ayam dari sup dan letakkan ke dalam bekas yang berasingan untuk diperap sebelum digoreng/dibakar.
 

Bahan Untuk Nasi
  • 2 mangkuk nasi ( 8 orang makan)
  • 1 3/4 mangkuk sup (anggaran)
  • 1-2 titis pewarna kuning / 1-2 tbs serbuk kunyit

Cara Masak Nasi

Langkah 1
Basuh beras, titiskan pewarna kuning dan rendam selama 5-10 minit.
 

Langkah 2
Toskan beras dan masukkan 1 3/4 mangkuk sup ke dalam periuk nasi. Kurangkan sedikit ukuran air untuk mengelakkan nasi lembik, kerana beras telah menyerap air ketika direndam.
 

Langkah 3
Biarkan nasi masak. Anda juga boleh menambahkan daun pandan dan serai yang dititik untuk menaikkan aroma nasi.
 

Bahan Untuk Ayam
  • 1 senduk gula
  • 1 tbs serbuk lada hitam (Ajinomoto)
  • 2 senduk kicap lemak (Jalen)

Cara Masak Ayam

Langkah 1
Gaulkan semua bahan di atas dengan ayam yang telah dimasak dalam sup sebentar tadi dan perap seketika. Jangan buang kicap yang digunakan untuk perapan ayam kerana ia akan digunakan untuk membuat kuah kicap.

Langkah 2
Goreng ayam sehingga bahagian luarnya garing dan berwarna keperang-perangan. Jus ayam akan hilang jika menggorengnya terlalu lama.
 

Bahan Kuah Kicap
  • 12 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk sup
  • 1 seduk gula
  • 1 senduk cuka

Cara Masak Kicap

Langkah 1
Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas dan renih sehingga kuah menjadi pekat. Gunakan api yang perlahan supaya cili tidak hangit.

Langkah 2
Nasi Ayam sudahpun siap. 


Langkah 3
Untuk hiasan hiriskan timun, tomato dan daun salad.  

Selesai

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Nasi Ayam 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Nasi Ayam Ringkas dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan