Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 23 Ogos 2017

Resepi Ayam Buttermilk Sedap Kegemaran Ramai


Resepi Ayam Buttermilk Sedap Kegemaran Ramai. Best ke  ayam buttermilk ? Pastinya sedap, kan kerana ramai yang masak dan berkongsikan resepi ini. Saya pun belum pernak memasaknya dan teringin untuk mencuba resepi ayam buttermilk. Ada satu media sosial yang kongsikan caranya dan saya perhatikan bahan-bahannya ringkas sahaja. Jadi, saya kongsikan di sini untuk anda yang ingin mencubanya..

Resepi Ayam Buttermilk Sedap Kegemaran Ramai

Resepi Ayam Buttermilk Sedap Kegemaran Ramai


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Beberapa ketul ayam – di potong kecil
  • Beberapa keping cheese
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar cili padi – di cincang
  • 1 sudu besar cili merah – di cincang
  • 230 ml susu cair
  • 1 pelepah daun kari
  • Secubit serbuk perasa ayam knorr
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kari jika perlu

Bahan perap

  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur


Cara Masak Resepi Ayam Buttermilk


Langkah 1
Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
 

Langkah 2
Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan
 

Langkah 3
Tumis cili, serbuk kari dan daun kari dengan butter hingga naik bau.
 

Langkah 4
Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
 

Langkah 5
Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.
 

Langkah 6
Masukkan ayam dan masak dalam 2,3minit shj.
 

Langkah 7
Tutup api dan ayam siap di makan.

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Ayam Buttermilk

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ayam Buttermilk dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan