Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 4 Mei 2018

Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat


Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat. Sahabat-sahabat alam maya sekalian, jom hari ini kita makan resepi bagus punya iaitu makaroni goreng. Cuti-cuti banyak masa terluang kena la makan best sikit..huhu. Tapi best ke makan makanan tu. Bagi saya okey saja, best dan lazat. Bagaimana dengan anda pula ? 

Pasti ramai yang setuju makaroni goreng best, kan. Kalau tak best, buat-buat la best..huhu. Tapi bagaimana nak membuat resepi makaroni goreng ini. Mudah ke susah. Hah, nak tahu kena tengok dulu resepi tersebut. Baru tahu susah ke senang. Jadi, jom ramai-ramai tengok resepi tersebut dilaman ini..

Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat
Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat

Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan

  • 1 bungkus makaroni – rebus sampai lembut
  • Ayam/daging kisar
  • 2 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 tin sos prego
  • Cendawan butang
  • Karot – potong dadu
  • Lada benggala – potong dadu
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Mixed herbs
  • Minyak masak
 

Cara Membuat Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat

Langkah 1
Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.

Langkah 2
Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.

Langkah 3
Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati.

Langkah 4
Teruskan memasak sampai air ayam kering.

Langkah 5
Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.

Langkah 6
Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.

Langkah 7
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Langkah 8
Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.

Langkah 9
Padamkan api.

Langkah 10
Makaroni goreng sedia untuk dihidangkan.

Sumber > klik sini

Resepi Terkait


Video Resepi Makaroni Goreng Ringkas Dan Lazat

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Resepi Makaroni Goreng melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..


 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Makaroni Goreng dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan