Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 26 Januari 2018

Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap


Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap. Kalau anda sedang mengamalkan diet alkins, telur pastinya tidak asing lagi dalam menu diet anda, kan. Telur sangat sesuai untuk diet tersebut lebih-lebih lagi makanan tersebut murah, mudah dan senang untuk dimasak. betul tak apa yang saya cakap, kan..huhu. Jadi, dalam artikel kali ini. Saya ingin kongsikan cara membuat resepi telur dadar, resepi yang senang-senang saja..
Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap
Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..


Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar margarine (juga boleh gantikan dengan sedikit minyak masak untuk menggoreng)
  • Sedikit bawang besar atau bawang merah dihiris nipis
  • Garam
  • 2 sudu besar mayonis (tambahan untuk lebih sedap)
Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap
Resepi Telur Dadar Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)


Cara Masak Telur Dadar


Langkah 1
Campurkan semua bahan di atas.

Langkah 2
Kucai semua bahan hingga sekata.

Langkah 3
Panaskan margarine dalam kuali.

Langkah 4
Masukkan campuran semua bahan tadi ke dalam kuali dan goreng hingga warna bertukar kuning keemasan.

Langkah 5
Siap dan boleh dihidangkan.


Selesai..

Video Resepi Telur Dadar

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Telur Dadar dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan