Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 6 Oktober 2017

Resepi Takoyaki Bagi Yang Mengemarinya


Resepi Takoyaki Bagi Yang Mengemarinya. Kita tukar selera hari ini, kita makan makanan yang berasal dari jepun pula. Resepi Takoyaki, pernahkan anda memakannya. Pastinya pernah, kan. Di Malaysia, berlambak makanan macam itu, dijual di merata-rata tempat. Apa yang pasti buat sendiri lagi jimat, kan. Jadi, untuk anda yang teringin membuatnya sendiri. Saya kongsikan resepi tersebut dibawah..

Resepi Takoyaki Bagi Yang Mengemarinya

Resepi Takoyaki Bagi Yang Mengemarinya

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan bacuhan tepung
  • 250g tepung takoyaki (kalau guna tepung gandum tambah sedikit garam dan gunakan dashi penganti air) *dashi = air rebusan fish flakes.
  • 2 biji telur
  • 700ml air

Bahan inti

  • Tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
  • Kubis - dicincang halus
  • Daun bawang (optional) -potong halus

Bahan topping

  • Mayonis
  • Sos okonomiyaki - (Worcestershire sauce pun boleh kalau susah nak jumpa yg boleh makan)
  • Katsuobushi@fish flakes@ikan parut
  • Serbuk nori halus



Cara Menyediakan Resepi Takoyaki


Langkah 1
Campurkan semua bahan2
 

Langkah 2
Kacau hingga tak berketul
 

Langkah 3
Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit
 

Langkah 4
Tuang adunan tepung ke dalam acuan(separuh acuan).
 

Langkah 5
Masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
 

Langkah 6
Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi
 

Langkah 7
Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik2kan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi)

Langkah 8
Taburkan fishflakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.

Langkah 9
Siap dan boleh dimakan panas-panas

Selesai..

Sumber > klik sini


Video Masak Resepi Takoyaki

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Takoyaki dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan