Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 16 Oktober 2017

Resepi Kuih Seri Muka Ringkas Dan Menarik Sukatan Cawan


Resepi Kuih Seri Muka Ringkas Dan Menarik Sukatan Cawan. Kuih Seri Muka ini secara asasnya mempunyai dua lapisan. Kebiasaannya satu lapisan bewarna hijau (santan) dan satu lapisan lagi bewarna putih (pulut). Saya memang suka dengan kuih ini kerana campuran dua lapisan itu menjadikan ianya sedap dan awesome..huhu..

Untuk menjadikan pulut dan tepung lembut pastinya memerlukan sukatan yang sesuai dan seimbang. Jadi untuk memudahkan kuih seri muka dimasak dengan sekata, lebih memudahkan menggunakan sukatan cawan..

Resepi Kuih Seri Muka Ringkas Dan Menarik Sukatan Cawan
Resepi Kuih Seri Muka Ringkas Dan Menarik Sukatan Cawan

Resepi Kuih Seri Muka Ringkas Dan Menarik Sukatan Cawan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan lapisan bawah (pulut)
  • 400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
  • 2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak


Cara Menyediakan Resepi Kuih Seri Muka (Lapisan Bawah)


Langkah 1
Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.

Langkah 2
Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)

Langkah 3
Sebelum itu, sapukan minyak di sekeliling loyang.

Langkah 4
Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.

Langkah 5
Gaul sebati dan kukuskan selama 25 - 30 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.


Langkah 6
Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.

Langkah 7
Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.

Langkah 8
Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas. 


Resepi Kuih Seri Muka Ringkas Dan Menarik Sukatan Cawan


Bahan-bahan (lapisan atas)
  • 2 cawan santan pekat
  • 150 mL air + 4 helai daun pandan (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau  

Cara Menyediakan Lapisan Atas Kuih Seri Muka

 

Langkah 1
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
 

Langkah 2
Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
 

Langkah 3
Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
 

Langkah 4
Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
 

Langkah 5
Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
 

Langkah 6
Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
 

Langkah 7
Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
 

Langkah 8
Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
 

Langkah 9
Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
 

Langkah 10
Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
 

Langkah 11
Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan. 

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Kuih Seri Muka

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Seri Muka dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan