Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 17 Ogos 2017

Resepi Pulut Durian Sedap Sesuai Dimakan Sekeluarga


Resepi Pulut Durian Sedap Sesuai Dimakan Sekeluarga. Sekarang ini musim durian, berlambak-lambak durian dijual. Tap sayangnya, masih mahal..huhu. Tidak macam dulu-dulu. Bagi mereka yang mempunyai dusun durian, ini lah masanya mengutip durian dan makan sampai lupa diri. Dan bila tibanya musim ini, pastinya teringin ingin memakan resepi pulut durian. Begitu juga dengan saya. Jadi, saya kongsikan panduan memasak resepi ini..

Resepi Pulut Durian Sedap Sesuai Dimakan Sekeluarga

Resepi Pulut Durian Sedap Sesuai Dimakan Sekeluarga


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut susu (di rendam lebih kurang 30 minit)
  • 1 biji kelapa yang telah dimesin
  • 1 cawan air panas
  • Garam secukup rasa
  • Buah durian di ambil isinya
  • Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)



Cara Masak Resepi Pulut Durian


Langkah 1

Rendam beras pulut susu atau apa jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
 

Langkah 2
Panaskan periuk kukusan, apabila air sudah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah ditoskan tadi dan kukus sehingga masak.
 

Langkah 3
Untuk santan pula, masukkan kelapa yang telah dimesin tadi ke dalam blender, campurkan satu cawan air panas dan blendkan. Selepas itu, tapis kelapa tersebut untuk mendapatkan santannya.
 

Langkah 4
Campurkan santan yang telah diblend tadi dengan sedikit garam, kacau sebati.
Tujuannya supaya santan terasa lemak-lemak masin.
 

Langkah 5
Untuk menikmati pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (kalau suka). Hidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Pulut Durian

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Pulut Durian Sedap dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan